Saturday, May 22, 2010

VIVA BERWARNA OREN

Semalam aku bersama suami dan anak-anak keluar untuk membetulkan cermin mataku yang patah.Aku nak pergi ke kedai yang selalu aku pergi bila nak buat cermin mata malangnya dah tutup maklumlah dah pukul 9 malam.Aku cakap kat suami cuba pergi ke kedai cermin mata kat sebelah 'Chaw Kueh Teow' ternyata aku bernasib baik kerana kedai itu belum pun menamatkan perkhimatannya.Maka celiklah balik mata aku yang seperti orang buta bila tak memakai cermin mata.Selesai urusan cermin mata suami pun bertanya kita nak kemana sekarang ni lalu aku mencadangkan kami ke iCity Shah Alam.

Dari highway kelihatan pemandangannya amat menarik sekali dan anak-anak amat teruja melihatnya.Tapi mata aku pula terpaku melihat deretan kereta yang nak kesana sesak jalanraya dibuatnya.Suami aku pun memutuskan untuk mengikut saja kereta didepan kami bila kereta didepan mendapat tempat parking suami aku pun terus ikut parking dibelakang kereta Viva berwarna Oren itu.Aku dapat melihat betapa gelabahnya makwe-makwe didalam kereta viva itu tentu mereka tertanya-tanya apa kenalah orang ni tiba-tiba je parking belakang kereta mereka.

Suami aku pun terus jumpa makwe tu dan cakap nanti kalau nak balik talipon ye lalu aku pun bertukar-tukar no talipon untuk memudahkan urusan.Moral yang dapat aku simpulkan dari kejadian ini adalah tak semua orang sudi berkongsi tempat parking seperti yang dilakukan oleh pemandu viva itu lebih-lebih lagi dalam keadaan yang sesak seperti itu.Bagi aku itu adalah sikap yang terpuji bila dia sanggup memberi sedikit ruang untuk oranglain pun mendapat parking.Oleh itu aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemandu Viva berwarna oren semoga banyak lagi pemandu yang bersikap seperti anda.

Thursday, May 20, 2010

SIAPAKAH AKU....

Aku dilahirkan pada 20 June 1970 itu adalah tarikh sebenar aku dilahirkan mengikut kata bonda.Tapi bila abah lewat sehari mendaftar maka disurat beranak aku tertera tarikh 21 June 1970.
Aku telah diberi nama Haslinda dan aku adalah anak kedua kepada pasangan Baharin bin Hamid dan Salmah binti Md Nol.Aku dilahirkan di Kampung Nelayan Kuala Linggi Melaka tapi dibesarkan di Pelabuhan kelang Selangor.Aku juga adalah adik kepada seorang abang yang bernama Hashim dan kakak kepada Hasanudin,Hairulnizam,Norziha,Nurul Aina dan Siti Badariah.Begitulah permulaan kisah hidupku dimana aku mula mengenal kehidupan ini dengan kedua-dua orang tuaku dan adik-beradikku.Semakin meningkat usia aku kini adalah seorang isteri kepada Mohd Fadzhli bin Nahar dan juga seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan iaitu Siti Aisyah,Siti Asyirah dan Siti Nur Fatihah juga seorang ibu kepada satu-satu anak lelaki yang bernama Muhammad Adam Nadzmi.Ini adalah pengenalan sebelum aku mula berkarya diblog yang diilhamkan oleh adikku dan kepada sesiapa yang sudi melayarinya aku ucapkan jutaan terima kasih andai kata ada komen jangan segan-segan untuk menulisnya,akan aku jadikan panduan untuk berkarya dengan lebih baik dimasa depan.....

BERTEMU JODOH

Kisah ini aku tujukan khas untuk adik lelakiku yg bongsu yg dilahirkan pada 6hb Ogos 1979.Adik ku ini diberi nama Hairul Nizam tapi aku memanggilnya dgn panggilan "Uda" sesuai dengan pangkatnya sebagai anak keempat dalam keluargaku.Aku masih ingat walaupun tidak sepenuhnya kerana waktu itu aku berusia 9 tahun tapi sebagai satu-satunya anak perempuan pada waktu itu aku masih boleh diharap untuk menjaga adikku ini.Aku tahu aku selalu medukungnya kalau aku ingin pergi bermain dirumah jiranku dan aku juga kadang-kadang ada juga melakukan kerja-kerja 'PEMBERSIHAN' untuk adikku tapi tak apa aku ikhlas melakukannya untuk membantu ibuku.Tak banyak yang dapat aku ceritakan zaman kecik kami kerana aku tak berapa mengingatinya lagi maklumlah usiaku kini 40tahun.

Tapi apa yang aku tahu adikku ini dizaman persekolahan rendah dulu dia tak pandai membaca sampai darjah tiga dimasukkan ke kelas pemulihan.Puas juga kami cuba dirumah untuk membantunya akhirnya alhamdulillah berkat penat usaha cikgu dia pandai membaca juga akhirnya.

Meningkat usia ke13tahun adikku bersekolah di Sekolah Menengah Dato Hamzah yang mana pelajarnya semua lelaki ada kebimbangan bila dia bersekolah disitu tapi adikku ini masih mengekalkan sikapnya yang baik dia tak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat.Di zaman inilah adikku mula berubah pandangannya tentang bagaimana pentingnya pelajaran bagi seorang individu sepertinya yang dilahirkan dalam keluarga yg sederhana tiada harta untuk diwarisi,tiada kemahiran untuk diaplikasi atau apa-apa yang dapat membantunya jika dia hidup susah nanti.Maka dia tahu dia perlu belajar dan belajar untuk mencapai matlamat hidup yang dia inginkan.Aku bersyukur adikku ini berjaya dalam misinya menuntut ilmu maka sampai juga dia dipuncak menara gading....

Aku masih ingat waktu dia terpilih ke Matrikulasi Kuala Pilah aku dan suamiku menggalas tanggungjawap untuk segala urusan pendaftarannya kerana waktu itu abah dah mula sakit dan meminta kami untuk menguruskannya.Masih terbayang bagaimana sedihnya abah melepaskan uda pergi ke Kuala Pilah seolah dia tahu dia hanya dapat melihat anaknya setakat itu sahaja.....kerana pada 19hb Sept 1997 abah pergi meninggalkan kami semua ketika uda masih di Matrikulasi Kuala Pilah.Hidup mesti diteruskan begitu juga dengan uda yang meneruskan cita-cita arwah abah untuk melihat dia menjadi seorang doktor.

Uda bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan disinilah aku mula semakin rapat dengan adikku ini bilamana aku adalah tempat untuk dia bercerita tentang sukaduka bergelar mahasiswa.Walaubagaimana pun aku amat kagum dengan semangat yang ada dalam diri adik ku ini kerana apa jua masalah yang mendatang dia dapat mengharunginya dengan tenang tapi aku tahu dalam hatinya Allah saja yang tahu.....Banyak yang berlaku dimasa uda meneruskan pembelajaran selamat 5 tahun di UKM dan kini uda berjaya menjadi seorang "Doktor" termakbul jua impian arwah abah.....

Uda memulakan kerjaya pertama di Mentakab Pahang kemudian ditukar ke Kuala Lipis,Temerloh dan kini menyambung lagi pengajian keperingakat master di USM Kubang Kerian Kelantan.Diisinilah bermula cerita dimana hati adikku ini dicuri dan kini menunggu masa untuk bergelar suami pada 28hb May 2010.

Walaupun aku tahu harinya akan tiba dimana uda akan ada kehidupannya sendiri tapi hati aku sebagai kakak tak dapat lari dari rasa sedih maklumlah adik yang selama ini kita tatang bagai minyak yang penuh akan bergelar suami akhirnya.....Ikhlas dari hati seorang kakak kepada Zuryany yang akan menjadi isteri kepada Hairul jagalah dia sebaik mungkin kerana sesungguhnya anda amat bertuah memilikinya.Adik kakngah ini adalah seorang anak yang baik untuk ibunya bilamana ketika ibunya terlantar sakit dihospital dia tak meninggalkan ibunya walau sesaat pun kalau tak ada orang yang menggantinya.Dia tak menghiraukan makan dan minum melainkan tetap berada disisi ibunya.Begitu besarnya kasih dia terhadap ibunya diharap begitu jua kasih isteri kepada dirinya.Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan kekal hingga ke hujung nyawa.....akhirkata Uda ingatlah walau dimana kamu berada kakngah sentiasa mengingati dan menyayangimu sampai bila-bila.....kerana kau adalah adikku.....