Saturday, January 22, 2011

MY ONLY BROTHER.

Rasanya dah sampai masa untuk aku menceritakan tentang lelaki yang aku panggil 'ALONG'(bukan Ah Long).Perbezaan umur antara aku dan Along cuma setahun dari itu kami boleh dikatakan membesar dalam persekitaran yang sama iaitu disebuah Flat yang sekarang ni cuma tinggal tapaknya sahaja.

Aku dan Along tidak sebulu sewaktu kami kecik-kecik dulu maklumlah anak pertama dgn anak kedua atau lelaki dgn perempuan mana boleh ngam.........Pernah satu ketika bila kami bergaduh aku akan membaling selipar Along dari tingkat tiga ke bawah.Tapi aku betul-betul sakit hati bila Along cakap 'Balinglah Along tak kisah 'sambil membuat memek muka mengejek aku.Aku masih ingat insiden yg berlaku bila mana ibu menyuruh Along membuai aku yg tidur didalam buaian,waktu itu dirumah flat buaian disangkut ditengah2 pintu bilik je.Mungkin marah atau geram hanya Along yg tahu dia menghayun buaian dgn laju sampai terantuk kepala aku di pintu.

Insiden yang diatas tu tak meninggalkan kesan pun tapi insiden yg akan aku ceritakan ini ianya meninggalkan kesan sampai hari ini...........Satu malam tu aku dan Along main 'hantu-hantu',aku jadi hantu so kena selubung satu badan dengan selimut.Dah lah berselubung kejar pulak Along hantu lah katakan,entah macammana kaki aku terpijak selimut dan aku tersungkur maka berdarahlah rupa-rupanya dahi aku terkoyak maka kena 7 jahitan.Parut 7 jahitan itu kekal sampai sekarang tapi bagi aku ia adalah kenangan paling manis sewaktu aku membesar bersama Along.

Tapi itu semua tak bermakna Along tak menyayangi aku sebagai adiknya....peristiwa didalam sebuah bas sewaktu kami nak ke Kuala Pilah membuka mata ku.Biarlah pada zahirnya Along kelihatan garang tapi sebenarnya dia memiliki hati yang lembut.Perwatakkan garang itu perlu kerana Along nak melindungi adik perempuannya aku faham cuma kadang tu geram(itu dulu skrg tidak).

Sekarang ni ingin aku mengatakan bahawa aku bangga menjadi adik Along kerana Along telah menjadi contoh untuk adik-adik ke menara gading(aku tak tersenarai).Along telah membuktikan Along adalah abang yang bertanggungjawap terhadap adik-adiknya dan untuk itu aku ingin menyatakan dari lubuk hati yang paling dalam 'Angah sayang Along' walauapa pun yang pernah kita harungi baik suka mahu pun duka semasa kita membesar bersama-sama di flat jadikan ia kenangan yang terindah.......

No comments:

Post a Comment