Saturday, October 2, 2010

KAU PERGI JUA............

Aku mengambil masa sebulan setelah pemergiannya untuk berkongsi cerita tentang GIZMO,itulah nama yang diberikan oleh anak-anakku untuk kucing peliharaan mereka.Sebenarnya pada awalnya aku memang tak berapa setuju dengan hasrat mereka untuk membela seekor kucing maklumlah bau #$@&^ aku tak tahan,tapi demi kerana anak-anak ku sukakan kucing akhirnya aku mengalah.Persetujuan aku bersyarat bahawa mereka yang akan memastikan kebersihan kucing mereka setelah MOU ditandatangani maka hadirlah satu ahli baru dalam keluarga aku meskipun dia seekor kucing.

GIZMO bukanlah kucing parsi atau yang berbulu kembang seperti yang selalu dibangga-banggakan oleh tuan yang memilikinya ia hanya seekor kucing biasa yg diambil dari rumah abangipar ku di Pahang.Perjalanan GIZMO kerumahku memang mencabar kerana dia dibawa menaiki motor dari Pahang oleh adik iparku.Aku masih ingat kali pertama dia tiba dirumah dia masih terlalu kecil dan masih perlu menyusu jadi aku dan anak-anakku akan memberinya susu dengan botol susu yg dibeli khas untuknya.

Hari demi hari GIZMO semakin besar dan menjadi kesayangan kami sekeluarga terutama Aisyah yang setiap malam tidur bersama GIZMO.Pada aku GIZMO adalah seekor kucing yang amat baik dia tak pernah marah kalau ada kucing lain makan makanannya,tak pernah marah kalau ada kucing lain selainnya dirumah ku dan tak pernah marah kalau dia dimarahi.Macam orang gila bunyinya tapi itulah hakikatnya aku memang sayang pada GIZ biarpun dia cuma seekor kucing.Bila kami sekeluarga kemana-mana GIZ akan kami pastikan berada didalam rumah demi keselamatannya.

Bila GIZ tercedera kerana bergaduh suamiku akan membawanya ke klinik dan begitu juga bila GIZ tiba-tiba tak lalu makan dan minum serta seluruh badannya bertukar menjadi warna kuning.Aku membawanya ke klinik dan doktor mengatakan GIZ kekurangan air tak ada apa-apa.Aku merawatnya dan memastikan ubatnya habis dimakan selama seminggu lebih aku mengurung GIZ didalam rumah untuk memastikan GIZ benar-benar pulih.Setelah GIZ benar-benar pulih aku pun membenarkan GIZ keluar rumah seperti biasa tapi rupa-rupanya GIZ sihat untuk dua hari sahaja.

Pagi 22 ogos 2010 aku sekeluarga gembira kerana hari itu adalah hari ulangtahun satu-satunya anak lelaki aku yang genap 7 tahun.Tapi sungguh aku tak menyangka pada hari itu jugalah kami akan kehilangan GIZMO buat selama-lamanya.Aku masih ingat pada pagi itu suamiku memberinya makan ikan dan GIZ makan dengan lahapnya tapi selepas itu dia muntah aku ingat dia terlalu kenyang rupa-rupanya itu satu petanda bahawa GIZ akan pergi kerana apa saja yang dimakan mahupun minum akan terkeluar semula.Pun begitu aku masih memberikan izin untuk GIZ keluar rumah pada hari itu memandangkan sudah lama kami mengurungnya.Selepas berbuka puasa sebelum suamiku ketempat kerja dia memcari GIZ untuk dibawa pulang kerana dari pagi dia keluar tak balik-balik sampai maghrib.

Aku amat terkejut melihat keadaan GIZ bila suamiku membawanya pulang dia sudah tak mampu untuk berjalan dan terkulai bila suamiku melepaskan dia untuk berjalan sendiri masuk kedalam rumah.GIZ selalunya akan berlari untuk masuk tapi hari itu dia tak mampu lagi untuk berjalan dan mulutnya penuh pasir.Aku memanggil anak-anakku semua untuk melihat keadaan kucing mereka dan mereka semua mula menangis bila melihat keadaan GIZMO.Aisyah membersihkan mulut GIZ dan cuba memberi air tapi malangnya GIZ termuntah ternyata dia tak boleh langsung menelan air yang menyebabkan keadaannya semakin parah.GIZ diletakkan didalam sangkar dan dia hanya terbaring keadaannya benar-benar menyentuh hati aku dan anak-anak kami semua hanya mampu menangis dan menangis melihat keadaannya...........

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam aku dan semua anak-anakku (kecuali Aisyah) naik kebilik tidur untuk tidur kerana esok mereka semua bersekolah.Tiba-tiba Aisyah datang kebilik ku dan berkata "Ibu,kak long dengar GIZMO menjerit dua kali"aku terkejut dan sama-sama turun kebawah untuk melihat keadaan GIZMO.GIZ menjerit lagi dan dia seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat itulah jeritan terakhir yang kami dengar.Tiada lagi suara hanya nafasnya turun dan naik tanpa henti dan tercungap-cungap aku mengerti saatnya sudah tiba dan tepat jam 11.30malam GIZMO menghembuskan nafasnya yang terakhir.Hanya aku dan Aisyah yang melihat saat-saat terakhir GIZMO kini tiada lagi GIZMO yang tinggal hanya kenangan untuk aku kenang.Bohong jika aku kata aku tak sedih kerana ketika tinta ini tercoret airmata ku turut berlinang....meskipun GIZMO seekor kucing pemergiaannya meninggalkan kesan lebih-lebih lagi Aisyah.....kerana dia yang paling banyak menghabiskan masa dengan GIZMO dari kecil hinggalah keakhir hayat GIZMO.

No comments:

Post a Comment