Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Lahir

Hari ini umur kak long genap 17 tahun dan ibu ingin mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit panduan
untuk kak long lalui usia ini tanpa rasa penyesalan di kemudian hari.....

PERTAMA - Usia ini akan menjadi penentu arah tujuan hidup kak long selepas ini oleh itu berusahalah sekeras yang boleh untuk mencapai apa yang kak long cita-citakan.Ibu yakin kak long boleh melakukan perkara itu kerana kak long telah pun membuktikannya di PMR.Bila terjatuh kak long cepat-cepat bangun itu yang ibu mahukan jangan mudah putus asa teruskan berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan.Jangan mudah terpedaya dengan usia ini yang lebih dikenali sebagai 'SWEET SEVEN TEEN'.Dalam usia ini terlalu banyak dugaan dan pilihan yang akan datang oleh itu jangan tersilap langkah,kelak buruk padahnya.

KEDUA - Terima kasih ibu ucapkan kerana kak long tak banyak memberi masalah pada ibu dalam membesar dan mendidik kak long.Ibu bangga mempunyai anak seperti kak long yang mahu menurut kata dan nasihat yang ibu berikan.Kekalkan sikap baik yang ada sekarang dan buangkan sikap buruk nescaya kak long akan menjadi kebanggaan semua orang bukan saja ibu.Dalam hidup mesti ada perubahan oleh itu biarlah berubah dari 'BAIK MENJADI YANG TERBAIK'.

KETIGA -Ibu tahu 'DALAM HATI ADA CINTA' itu adalah anugerah ALLAH untuk hamba-hambanya tak dapat dinafikan.Tapi biarlah semua itu diletakkan ditempat yang betul maksudnya bukan sekarang.Simpan saja perasaan itu menjadi pendorong untuk berjaya sebagai pelajar sesudah tanggungjawap itu dilunaskan barulah difikirkan semua itu.Ibu harap kak long faham,ibu tak bermaksud menghalang cuma mohon dipertimbangkan yang mana patut didahulukan.Kejayaan kak long pasti akan lebih bermakna jika kerana itu kak long berjaya percayalah.......

Akhir sekali jadilah hamba yang taat pada tuannya,anak yang berbakti pada orangtuanya dan insan yang membahagiakan orang-orang disekililingnya.....amin

No comments:

Post a Comment